Emas - Kita Kategori Mana?
Bila membeli emas, kita kena kenalpasti kita berada kategori yang mana? Jika tidak, kita akan pening dan menggaru kepala untuk membeli dan akhirnya tidak membeli emas sedangkan harga emas terus menaik tanpa tunggu kita.
1. Penyimpan emas dengan cara pembelian runcit.
Kebanyakkan kita adalah kategori ini, iaitu beli emas untuk disimpan dan alang-alang ia tabungan tidak bocor dan sekaligus menjadi pelaburan untung apabila harga emas melonjak naik.
Kalau kategori ini, kita tidak perlu tilik harga emas setiap hari. Kita hanya perlu tetapkan sasaran emas yang ingin dikumpulkan. Dan displinkan diri membeli emas dengan menabung secara berkala.
Tidak perlu endah perubahan harga emas setiap hari dan apatah lagi dengan graf emas yang berubah turun-naik setiap 20 minit
2. Trader emas.
Jika kita trader emas, memang kita akan tilik harga emas malah mengkaji trend graf emas setiap 20 minit! Ini kerana kategori ini anda mengimpikan keuntungan yang lebih pantas menerusi perubahan harga emas dari semasa ke semasa. Anda lebih kepada pelaburan keuntungan dari perbezaan harga emas, bukannya menyimpan emas sebagai tabungan.
3. Pemborong emas
Jika anda ingin membuka kedai, syarikat atau menjadi pembekal maka anda berada dalam kategori ini. Ini memerlukan modal besar dengan perbelanjaan yang besar secara memborong. Keuntungan anda berdasarkan jualan balik sebagai pembekal emas. Jadi ini kita serahkan kepada mereka yang ada modal besar.
......
Jadi, rata-rata kita ialah penyimpan emas dengan pembelian runcit. Harga emas berubah, itu tidak perlu kita peningkan. Kita hanya perlu tetapkan sasaran emas kemudian displin dalam pembelian berkala.
Jom. Simpan wang dalma bentuk tabungan emas.
Zuhaili
Priority Dealer
PG036250
Comments
Post a Comment