Persoalan Kajian Bukan Dari Imaginasi
Pada pengamatan saya, calon / pelajar pasca siswazah bila menulis item Persoalan Kajian, maka calon biasanya ambil mudah dan pandang enteng. Bagi mereka, persoalan kajian adalah apa-apa sahaja soalan yang mereka yang tanya / dapatkan maklumat, asalkan ada kaitan dengan tajuk kajian dibuat.
Akhirnya, bila pemeriksa tanya, persoalan kajian ini bagaimana diperolehi dan dibentuk? Lantas jawapan calon tak meyakinkan maka hakikatnya persoalan tersebut ialah bersifat imaginasi calon.
Calon kena faham bahawa setiap penyusunan item / subtajuk dalam proposal adalah bersifat maklumat berterusan, bukan berasingan antara satu sama lain. Jadinya persoalan kajian ditulis selepas permasalahan kajian / pernyataan masalah.
Kenapa?
Sebabnya bila calon dah kenalpasti apa permasalahan kajian, maka di situlah timbulnya persoalan yang hendak dikaji bagi mendapatkan maklumat, data dan jawapan.
Contoh persoalan kajian :
1. Apakah faktor-faktor berlakunya kes buli di sekolah xxxx?
Sudah pasti persoalan ini muncul kerana dalam permasalahan kajian telah dinyatakan laporan mengenai kes-kes buli di sekolah xxxxx berkenaan. Jadi calon ingin mengkaji faktornya menerusi method yang akan dilakukan sama ada analisis dokumen, temubual dan lain-lain (ni bincang dalam subtajuk Metodologi Kajian).
Tetapi kalau dalam permasalahan kajian tidak dinyatakan isu atau laporan buli di sekolah xxxxx tersebut, bagaimana mungkin persoalan itu muncul? Dalam permasalahan kajian hanya sebut "buli ini tidak bagus, hukumnya dalam Islam begitu begitu, kesan buruknya menjadikan bla.. bla.." Tiba-tiba persoalan kajian apa faktor berlaku buli di sekolah xxxxxx berikut?
Aik..
Jika ditanya, kenapa yang kaji di sekolah xxxxx berikut, dalam permasalahan kajian tiada pun sebut berhubung sekolah xxxxx tersebut. Dijawab sebab dalam tajuk kajian nak kaji di sekolah xxxxx itu..
Haa.. Nampak tak? Persoalan bukan timbul dari permasalahan yang dibincang walaupun ada hubungkait pada tajuk kajian
Maka jadilah ia imaginasi. Kerana difikirkan ada hubung kait bukan berasaskan permasalahan yang diperolehi / dibentangkan.
Jadi, kesimpulannya :
1. Persoalan kajian adalah dari apa yang dinyatakan dalam permasalahan kajian / pernyataan masalah.
2. Persoalan kajian adalah persoalan yang calon / pengkaji ingin dapatkan maklumat kajian hasil dari permasalahan yang wujud atau timbul.
3. Persoalan kajian adalah fokus seterusnya dalam penyelidikan selepas calon berkemampuan mengenal pasti permasalahan kajian yang benar benar wujud.
4. Persoalan kajian bukanlah berbetulan dengan tajuk kajian tetapi ia adalah usaha untuk selesaikan permasalahan yang berlaku.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman
Comments
Post a Comment