PUASA DI HARI TASYRIK?


 

PUASA DI HARI TASYRIK?


Hari tasyrik diharamkan berpuasa sekalipun jika bertepatan dengan hari Isnin / Khamis / hari-hari putih.

Larangan pengharaman puasa adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر لله»

Maksudnya :Hari-hari tasyrik merupakan hari hari makan, minum dan zikrullah. - riwayat Muslim no 1141.

Juga riwayat daripada Abu Murrah bahawa :


أَنَّهُ دَخَلَ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَلَى أَبِيهِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، فَقَرَّبَ إِلَيْهِمَا طَعَامًا، فَقَالَ: كُلْ. قَالَ: إِنِّي صَائِمٌ. قَالَ عَمْرٌو: كُلْ، فَهَذِهِ الأَيَّامُ الَّتِي كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا بِفِطْرِهَا، وَيَنْهَى عَنْ صِيَامِهَا. قَالَ مَالِكٌ: وَهِيَ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ.

Maksudnya : dia pergi bersama Abdullah bin Amr kepada ayahnya Amr bin Al-Aas, lalu dia membawa makanan kepada mereka dan berkata: Makanlah. Dia berkata: Saya sedang berpuasa. Amr berkata: Makanlah, kerana inilah hari-hari yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk berbuka dan melarang kami berpuasa. Malik berkata: Ini adalah hari-hari Tasyrik. - riwayat Abu Daud no 2418

Mazhab Maliki dan Hanbali juga berpandangan haram berpuasa kecuali diberikan keringanan kepada orang yang sedang melakukan haji tamattu' atau qiran yang tidak mempunyai haiwan untuk sembelihan.

Manakala Mazhab Hanafi dan Syafie tetap kekal pengharaman secara mutlak.

Justeru, berpuasa pada hari yang diharamkan oleh syarak untuk berpuasa seperti Hari Raya Fitri dan Adha serta hari Tasyrik adalah tidak sah sama ada puasa sunat atau puasa ganti serta dikira batal. Ini kerana larangan berpuasa menunjukkan ke atas rosak dan tidak diterima pada syarak.

لأن النهي عن الشيء يدل على فساده وعدم قبوله شرعا

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Comments