Lantikan Pakar dari Industri di Institusi Pengajian Tinggi

 



Lantikan Pakar dari Industri di Institusi Pengajian Tinggi


Hangat juga perbincangan apabila Tok Ti dilantik menjadi Pakar di salah sebuah IPTA di Malaysia. Mungkin kerana dalam poster terlalu umum yang menyatakan lantikan "PAKAR" pada salah satu fakulti yang dilihat tiada kena mengena dengan latar belakang Tok Ti sebagai penyanyi.

Lantikan pakar dari industri sebenarnya bertujuan :

1. Menjadikan pengajian dalam IPT tersebut tidak tepu dengan hanya teori tetapi mendedahkan dengan praktikal pada sesuatu lapangan. Ia bagi memastikan kerelevanan pengajian tersebut dengan isu dan cabaran bagi memastikan permintaan industri selari apabila mereka bergraduasi kelak.

2. Lantikan pakar sebenarnya mengikat seseorang yang dilantik tersebut secara persefahaman dan berskala secara teratur dan rasmi agar wujud perkongsian antara pakar yang dilantik dengan subjek yang akan diberikan perkongsian. Mungkin sahaja boleh dilantik sebagai "penceramah jemputan / special guest / special tutor" tetapi tahap "PAKAR" menunjukkan seseorang yang ingin diikat tersebut mempunyai nilai yang diiktiraf adalah tinggi dalam industri tersebut meskipun bukan pada tahap akademik.

3. Perbezaan pakar industri dengan pakar akademik adalah jelas di mana seseorang pakar industri tidak semestinya memiliki ijazah PhD namun kepakaran dalam industri terbukti dengan pengalaman yang lama, kejayaan yang dimiliki serta pengiktirafan lain dalam bidangnya seperti pernah dijemput sebagai juri, tenaga pengajar sekian dan sekian.

Cuma mungkin kerana juga Tok Ti adalah artis atau penyanyi yang rata-ratanya kredebiliti penyanyi itu tidak dilihat "PAKAR" oleh kelompok akademik maka di situ juga menjadi isu perbahasan. Ini kerana dalam hiburan kita memang terkadang "bersepah" dengan artis yang entah apa-apa kelulusan akademiknya berbeza dengan negara luar yang mungkin di mana artis mereka memiliki kelayakan akademik yang ditonjolkan.

Paling tidak, bagi saya ok la, dengan latar belakang Tok Ti yang puluhan tahun ini :
1. Tiada atau terlalu kurang kontroversi yang pelik berbanding artis lain.
2. Kejayaan dalam bidang nyanyian dimaklumi dengan anugerah luar dan dalam negara.
3. Pernah juga menjadi juri-juri dalam rancangan realiti (cari sendiri)
4. Pernah menjadi fenomena dalam pertandingan-pertandingan hiburan.
dan beberapa lagi...

Adakah Tok Ti perlu kepada pengiktiran lantikan PAKAR atau cukup sekadar lantikan biasa agar tujuan MARKETING tetap wujud?

Terpulang anda dalam menilainya dan boleh bertanyakan kepada pihak yang melantik.

Yang penting bukanlah Diva AA atau DSV atau Terlajak Laris yang dilantik PAKAR. hehe..jangan marah.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Comments