Kajian Tesis "Limit dan Terhad"?


 

Kajian Tesis "Limit dan Terhad"?


Ada yang sebut bila buat kajian tesis ni, tajuk tu jela yang dia tahu. Kajian tesis ni limit dan terhad. Jadinya orang yang buat kajian tesis ni bukan tahu semuanya pun.

Kenyataan di atas ada yang betul dan ada yang kurang tepat.

Mana yang betul? Iaitu orang yang buat kajian tesis bukan tahun semuanya. Malah bukan sahaja orang yang buat kajian tesis sahaja, siapa sahaja dalam mana-mana aliran pengajian, pendidikan dan pembelajaran, bukan tahu semua. Ia adalah tahap kita yang menunjukkan kita perlu fokus pada bidang kita. Kita bukan tahu segala-galanya.

Manakala kenyataan yang kurang tepat ialah kajian tesis ini limit dan terhad. Realitinya bagi orang yang sambung belajar bila mereka menulis kajian tesis ada 2 ragam iaitu :

1. Penulisan dakwah yang memenuhi kriteria dan template tesis. Dalam hal ini penulis memang hanya faham apa yang dia tulis namun penguasaan kaedah metodologi penyelidikan adalah kurang.

2. Penulisan penyelidikan di mana dia menguasai kaedah metodologi penyelidikan secara asas dengan baik. Isu yang dikaji adalah sampel bagi penyelidikan dalam membuktikan penguasaan akademiknya dalam kaedah metodologi penyelidikan tersebut. Dalam hal ini penulis walaupun menulis tajuk itu, namun penguasaannya dalam kaedah metodologi penyelidikan tersebut yang penting, ia menjadi asas bahawa ia mempunyai asas dalam penyelidikan bagi meneruskan penyelidikan bagi isu-isu lain pula yang boleh diterjemahkan menerusi artikel akademik, jurnal, geran dan sebagainya.

Perkataan "limit dan terhad" dalam penyelidikan bukan bermaksud selain itu dia tak tahu, tetapi penyelidikan yang dibuat adalah berfokus. Ia bukan bermaksud "sempit dan sedikit", berbeza antara keduanya.

Begitu juga, pada zaman ini bila kita mendalami bidang kita secara juz'i itu adalah pada berusaha membina pengetahuan pakar dengan asas general pengetahuan kulliy yang mesti ada. Juz' di sini bukan bermaksud tahu sedikit tetapi bermaksud mendalami secara berfokus.

Sebab itu, apabila selesai menulis tesis isu yang dikaji, ia tidak boleh berhenti setakat itu, perlu lagi pada penyelidikan, penulisan secara berterusan. Kerana pengetahuan berkaitan penyelidikan mesti sentiasa diasah di samping untuk terus dalam bidang tersebut dengan lebih dalam.

Jadi jika seseorang yang menulis tesis itu pada ragam no 1, biasanya itulah yang terhad pada pengetahuannya melainkan pada tajuk itunnya sahaja.

Namun jika seseorang belajar dan berusaha dalam menulis tesis pada ragam no 2, maka pengetahuannya tidak terhad malah akan berkembang menerusi ilmu alat iaitu kaedah metodologi penyelidikan dalam memerhati dan menganalisis isu-isu yang difokuskan.

.

Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments