TADARUS DAN TADABBUR SURAH AD-DUHA

 



Berkongsi dengan jemaah mengenai tadabbur surah al-Duha. Beberapa isi yang menarik :

1. Dinamakan surah al-Duha kerana pembukaan surah iaitu ayat pertama Allah bersumpah dengan waktu Duha.

2. Duha merujuk waktu matahari sudah muka naik memancarkan cahaya. Point penting di sini merujuk kepada cahaya iaitu nur kerana surah ini menceritakan syakhsiah Rasulullah SAW.

3. Antara riwayat yang menceritakan sebab turun surah ini ialah apabila kaum musyrikin dan juga Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) mengejek Rasulullah SAW bahawa Allah telah tinggalkan Baginda SAW dan benci kepada Baginda SAW. Ini kerana wahyu tidak turun beberapa hari, khilaf, ada yang kata 14, 15 hari, ada yang kata 25 hari. Kemudian turun Surah ini. Ayat yang menjawab ejekan tersebut ialah ayat ke-3.

4. Allah memberikan nikmat kepada Rasulullah di akhirat di mana Baginda SAW adalah penghulu bagi orang bertaqwa. Sebagaimana surah sebelumnya, Surah al-Lail, di akhir surah Allah memberikan nikmat kepada orang bertaqwa secara umum maka dalam surah al-Duha, Allah menyebutkan secara khusus nikmat diberikan kepada Rasulullah SAW.

5. Rasulullah SAW diberikan nikmat sehingga puas di akhirat. Mendengar ayat ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa Baginda SAW tidak mahu melihat seorang pun dari kalangan umatnya yang masuk ke neraka, maka Allah perkenankan dengan diberikan syafaat kepada Baginda SAW.

6. Dalam satu kisah yang diceritakan oleh Syeikh Mutawalli al-Syaarawi bahawa walaupun Baginda SAW sangat mengasihi dan menyayangi umat Baginda SAW namun dalam satu hadith Qudsi, apabila Allah mengizinkan bahawa urusan umat Baginda SAW diberikan sepenuhnya kepada Baginda SAW lantas Baginda SAW menyerahkan urusan umatnya kepada Allah kerana jawapan Bagida SAW bahawa Allah Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.

7. Allah menceritakan perihal Rasulullah SAW sewaktu kecil dalam 3 ayat yang merujuk 3 nikmat iaitu :

i. Rasulullah SAW dillahirkan yatim maka Allah berikan tempat berlindung. Walaupun bersilih ganti yang menjaga dan membesarkan Rasulullah SAW hakikatnya yang ingin ditegaskan bahawa Allah sebenarnya yang memelihara Baginda SAW, bukan makhluk lain.
ii. Rasulullah mencari-cari kebenaran dengan menjauhi suasana musyrikin Mekah yang sembah berhala dan kelakuan keji, maka Allah selamatkan Baginda SAW dari terjerebak dan diberikan petunjuk Islam menerusi wahyu.
iii. Allah yang mencukupkan kehidupan Baginda SAW serta diberikan nikmat-nikmat lain. Jangan kata Rasulullah SAW tumpang duit isteri, Khadijah malah Rasulullah SAW telah bekerja seawal usia 12 tahun mengikuti Abu Talib berdagang. Malah di Madinah, ghanimah yang diperolehi diperuntukan 1/5 kepada Baginda SAW.

8. Hikmah mengapa Rasulullah SAW dilahirkan dan hidup sebagai yatim adalah kerana :
i. Menunjukkan Allah yang memelihara Rasulullah SAW.
ii. Menjiwai sifat kalangan orang yang kekurangan iaitu yatim kerana Baginda SAW akan diutus sebagai Rasul yang membawa ajaran Islam melindungi orang yang lemah dan memberikan hak kepada mereka yang berhak.

9. Perkataan ضالا tidak boleh diertikan dengan sesat atau kufur. Perkataan ini merujuk kepada dua perkara :
i. Musyrikin Mekah menyifatkan Rasulullah SAW ضالا pada perspektif mereka kerana Baginda tidak sertai dan turut tradisi jahiliyah dan syirikkan Allah.
ii. Syeikh Mutawalli al-Syaarawi menyatakan bahawa perkataan ضالا ada beberapa makna. Antara maknya juga ialah fana', bukan sesat dari kebenaran, tetapi fana'. Ini kerana walaupun suasana Mekah dalam keadaan sistem jahiliyah namun Allah fana' dengan mencari hakikat kebenaran.

10. Ayat terakhir mengenai menceritakan nikmat Allah. Ulama sepakat hukumnya harus mutlak dan menjadi galakan sekiranya tindakan tersebut menjadi kempen, promosi untuk orang lain mengikuti teladan baik. Namun jika dikhuatiri wujud fitnah dan ujub maka tidak menceritakan adalah afdhal.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Comments