Tajuk Tesis Sarjana Fokus Muamalat. Kenapa Bukan Siyasah Syar'iyyah?
Waktu sambung pengajian peringkat sarjana, UKM menjadi pilihan kerana berhampiran dengan rumah. Universiti yang menawarkan subjek pengajian Islam. Ini kerana, kepulangan terus ke Malaysia dengan tekad apabila mendapat berita arwah Abah Saiman dimasukkan ke hospital dan kondisi kesihatannya yang tidak begitu baik dah.
Sebelum pulang dari Mesir terus buat tinjauan ke mana untuk meneruskan hasrat sambung pengajian. Maka UKM menjadi pilihan kerana faktor jarak yang dekat.
Bila daftar pengajian ada dua pilihan sama ada untuk mod penyelidikan sepenuh masa atau pun mod campuran (kelas 2 sem kemudian tulis tesis). Asalnya berminat dengan mod penyelidikan penuh kerana lebih masa disebabkan tiada kelas melainkan 1 kelas wajib sahaja iaitu subjek metodologi penyelidikan.
Setelah buat pertimbangan, ambil mod campuran kerana mahu belajar selok belok kaedah pembelajaran di IPTA Malaysia serta untuk lebih belajar kaedah penyelidikan serta memahami gaya penulisan yang diselaraskan oleh pihak universiti.
Apatah lagi, waktu tu, mana la tahu menahu mengenai penyediaan proposal dan apa sahaja berkaitan penulisan penyelidikan. Jadi, baik bermula awal, bertatih sedikit dengan sedikit.
Dan sewaktu 2 semestar awal yang melibatkan kelas berjadual, pelajar-pelajar turut diperingatkan oleh para pensyarah untuk buat persiapan awal kerana yang penting ialah siapkan proposal supaya dapat menulis. Ikutkan hati, mahu tulis mengenai fokus siyasah syar'iyyah. Malah dalam kelas subjek siyasah syar'iyyah, tugasan assignment saya menulis berkenaan isu "Kalimah Allah oleh Non-Muslim". Alhamdulillah, pensyarah yang mengajar melihat potensi penulisan tersebut lantas berbincang untuk jadikan ia artikel yang diterbitkan dalam jurnal terbitan Jabatan Syariah edisi ke 19 (atau ke berapa, tak ingat).
Dan dalam kelas subjek Falsafah Perundangan Islam, tugasan yang dibuat juga saya memilih tajuk mengenai isu berkaitan hudud dan bebanan bukti ke atas dakwaan dalam mensabitkan kesalahan hudud. Bila minggu pembentangan, pensyarah tidak menetapkan giliran malah membuka ruang siapa yang sukarela, ditambah dengan tawaran siapa yang sukarela dapat markah bonus, saya pun terus ke hadapan tampil membuat pembentangan. Hehe...
Dalam tempoh sambung belajar peringkat sarjana juga pernah dijemput menggantikan panel asal bagi berwacana bersama panel dari Hizbul Tahrir, di salah sebuah pusat asasi pengajian. Tajuk Demokrasi. Waktu tu sedang bahang nak PRU 13. Jadi berwacanalah dengan wakil Hizbul Tahrir tersebut yang diwakili sendiri oleh Presiden mereka, walaupun jemputan "last minute" waktu lepas asar bagi program jam 8.00 malam.
Namun, kecenderungan ke arah perbincangan siyasah syar'iyyah namun apabila dibuat pertimbangan, fokus tajuk kajian tesis peringkat sarjana adalah bidang muamalat. Pernah juga ditanya oleh pensyarah yang mengajar subjek Falsafah Perundangan Islam, kenapa tak buat je tajuk fokus siyasah syar'iyyah? Saya jawab :
"Kalau siyasah syar'iyyah ni saya terus terjun ke lapangan je. Buat kerja-kerja politik. Hehe.." sambil ketawa ala-ala bajet macho..
Dan tesis Sarjana tulis mengenai Helah Jual Beli Emas Fizikal Secara Bertangguh. Dan permasalahan kajian juga menyentuh soal pembelian emas secara lock price. Almarhum PM Dr Mohd Adib, dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (sem 2 ada ambil subjek ekonomi dengan beliau), kata current issue (tahun tu la sekitar 2013). Jadi lebih bermotivasi nak buat bila dapat respon begitu dari beliau (almarhum).
Sebenarnya, bidang muamalat pun menjadi minat sejak dari Mesir lagi. Malah mula mengumpul buku-buku muamalat sedikit demi sedikit, ikut kemampuan, sebab buku-buku muamalat walau terbitan Dar al-Salam, harga boleh tahan, lebih mahal berbanding tajuk-tajuk lain.
Jadi, untuk siyasah syar'iyyah memang ambil tekad terjun ke lapangan terus terlibat dengan parti politik. Sebab itu, waktu sambung Sarjana mahupun ke PhD, tak minta "cuti", alhamdulillah, semua atas izin Allah.
Apa pun terpulang pada sahabat-sahabat punya cara. Jom terus sambung belajar.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.
Comments
Post a Comment