1 Syawal 1443H (2022) - Raya "Tiba-tiba"?
Kecoh bermula malam raya sebaik pengisytiharan raya pada 2 Mei, Isnin dengan maksud bulan Ramadan hanya 29 hari sahaja. Ramai yang jangka 1 Syawal jatuh pada 3 Mei, Selasa kerana di kalender sedemikian.
Banyak juga hastag (tanda pagar) atau tulis "Raya Tiba-tiba" atau "tiba-tiba Raya". Sebenarnya tidak betul tu. Tiada istilah "tiba-tiba" kerana penentuan anak bulan Syawal ni mengikut prosedur yang jelas dan menerusi pensabitan dari Islam.
Pertama, kita kena fahami beza antara hadith dalam kaedah penentuan kiraan bulan dengan pensabitan Ramadan serta puasa seperti berikut :
1. Hadith mengenai puasa dan raya menerusi rukyah, adalah mengkhususkan tentang ibadah Puasa di bulan Ramadan dan tamatnya berpuasa dengan beraya. Disebutkan secara jelas akan perkataan rukyah menerusi tektual hadith.
2. Manakala hadith yang menyatakan umumnya masyarakat Arab khususnya ketika itu adalah masyarakat ummi, maka kiraan bulan ialah 29 hari atau 30 hari sahaja. Ini secara umum kepada semua bulan.
Maka berdasarkan itu, prosedur yang ada yang melibatkan kiraan dan penetapan bulan ialah :
1. Bila sebut "sebulan" dalam Islam ialah sama ada 29 hari atau 30 hari. Jadinya jika wujud perbahasan yang berbeza permulaan puasa dan raya antara dua negara sehingga seseorang itu berpuasa 28 hari, maka ia wajib menggantikan 1 hari bagi cukupkan bilangan minima 29 hari. Manakala perbahasan yang melibatkan seseorang yang berpuasa 31 hari pula adalah kerana tambahan sehari lagi menunjukkan wajib mengikuti tempat di mana ia berada. Itu sahaja.
2. Adapun yang melibatkan puasa dan raya ialah terdapat kaedah khusus iaitu rukyah. Dalam memahami rukyah ini, tidak menafikan kaedah hisab dan falak yang dikira sebagai wasilah. Adapun rukyah adalah asas. Jadi walaupun kalender awal dibuat berdasarkan hisab dan falak, namun 29hb malam tetap dilakukan cerapan bulan bagi rukyah dan melihat imnakur rukyah.
Tidak timbul isu "Raya tiba-tiba" melainkan kita sendiri yang "memestikan" tarikh raya itu pada tarikh yang terpampang di kalender tanpa memahami kaedah penentuan anak bulan ni dengan sebenarnya.
Jika kita memahami prosedur sebenar, maka kita pastinya telah bersiap sedia antara mana-mana penetapan antara bulan itu 29hb atau dicukupkan 30hb. Jadinya persiapan apa pun, telah dilakukan paling lewat pada 28hb, hari sebelumnya.
Kenapa berbeza pula rukyah ni setiap negara? Ini kita bincang lain kerana kena faham perbezaan rukyah dan cadangan penyatuan taqwim negara-negara umat Islam dengan satu tarikh yang melibatkan puasa dan raya.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman
Comments
Post a Comment