PERANAN DAN CABARAN KE ATAS REMAJA DAN BELIA MASA KINI

 


PERANAN DAN CABARAN KE ATAS REMAJA DAN BELIA MASA KINI


Berkongsi dengan para pelajar yang dalam kalangan remaja dan belia mengenai peranan remaja masa kini. Saya tekankan bahawa usia di waktu remaja, belia dan awal pemuda adalah usia yang sangat kritikal.

Usia sebegini sangat penting untuk dibentuk dan dalam masa yang sama mudah serta terdedah dengan perancangan jahat merosakkan generasi Islam menerusi :

1. Sex
2. Song
3. Sport
4. Smoke

Persiapan yang perlu dilakukan ialah :

1. Pasak akidah yang sahih. - Akidah yang sahih memandu hidup manusia dengan betul.
2. Membentuk syakhsiah memiliki 10 sifat muwasafat tarbiyah agar peribadi muslim yang berkualiti.
3. Membentuk minda dan kefahaman bahawa hidup adalah memberi dan berbakti. Bukan jangan bersifat ananiyah dan maddiyyah.

Bagaimana Rasulullah SAW meletakkan tanggungjawan besar kepada golongan ini antaranya dalam peristiwa Hijrah Rasul iaitu :

1. Sayiduna Ali bin Abu Talib - menggantikan Rasulullah SAW di tempat tidur, rumah Baginda SAW.
2. Abdullah bin Abu Bakr - menjadi perisik dan menyampaikan info semasa Rasulullah SAW dan Sayiduna Abu Bakr dalam Gua Thur.
3. Amir bin Fuhairah - gembala sekumpulan biri bagi menutupi jejak langkah keluar masuk Abdullah bin Abu Bakr agar tidak disyaki oleh pemimpin musyrikin Mekah.
4. Asma' binti Abu Bakr - menyediakan makanan bagi Rasulullah SAW dan Sayiduna Abu Bakr dalam Gua Thur.

Yang paling bahaya saat usia begini ialah pengaruh jahat yang menjurus kepada seksual. Hati-hati. Kerana waktu ini ransangan syahwat akan mudah diperdaya oleh Iblis dan syaitan.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman



Comments