Hasan al Banna Tetap Terus Dimusuhi


 

Hasan al Banna Tetap Terus Dimusuhi


1. Pemergian Hasan al-Banna tidak menjadikan fikrah yang dibawa terus terkubur. Malah mereka yang membencinya akan terus memburukkan dengan tohmahan yang pelbagai antaranya :

a. Beliau bukan ulama untuk tafsir ayat al-Quran.
b. Beliau membawa manhaj yang ekstrimis.
c. Beliau tidak bersama dengan manhaj Azhari; serta pelbagai lagi.

2. Sekalipun begitu, pengaruh dari kesan fikrah yang dibawa olehnya terus tersebar dan mendapat tempat di luar Mesir malah berkongsi pendekatan bersama jemaah-jemaah Islam yang di luar Mesir yang sama objektif perjuangan Islam.

3. Fikrah perjuangan yang dibawa ialah kita dapat lihat iaitu :

i. Memperjuangan Islam yang syumul. Berhadapan dengan ideologi sekalurisme yang meranapkan dunia Islam.
ii. Mendahulukan konsep perdamaian dan penyatuan. Menerusi kefahaman dari perbincangan Usul 20 yang dibahaskan dalam Nazorat fi Risalah at-Ta'lim.
iii. Mendidik masyarakat tidak taksub pada mazhab yang membawa kepada pebalahan. Diminta Syeikh Sayyid Sabiq menulis kitab Fiqh as-Sunnah.

4. Beliau juga sangat terkehadapan dalam isu Palestin. Ini selaras dengan prinsip memelihara qiblat pertama umat Islam dari penjajahan Yahudi Zionist laknatullah.

5. Slogan asas kepada penyatuan umat Islam sehingga dinasyidkan memberikan garis panduan asas kepada penyatuan ummah iaitu :

i. Allah matlamat kami.
ii. Rasulullah pemimpin kami.
iii. Al-Quran panduan kami
iv. Jihad jalan kami.
v. Syahid cita-cita tertinggi kami.

6. Sekalipun beliau sudah puluhan tahun meninggal dunia, suara-suara "sumbang" dalam terus mengkritik fikrah yang dibawa masih berterusan. Malangnya suara-suara yang sama senyap membisu dari membantai musuh utama dunia dan umat Islam iaitu Yahudi Zionist laknatullah.

7. Inilah kecelaruan umat Islam, perjuangan Islam dimusuhi sedangkan musuh sebenar umat terus bermaharaja lela dengan meneruskan secara rakus perancangan mereka dalam menjajah dunia dan melebarkan Israel Raya.

8. Umat dicaturkan oleh musuh untuk bertelingkah tanpa berkesudahan isu perbezaan manhaj dan furu'. Yang bergaduh umat Islam. Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu kalangan umat Islam. Musuh Islam? Terus bersorak bertepuk tangan.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments

  1. Harrah's Resort Casino and Spa - Hendon Mob - KT Hub
    Harrah's Resort Casino and Spa is one of four hotels and motels located 군산 출장샵 in 원주 출장안마 the Las Vegas 목포 출장마사지 metropolitan 영천 출장샵 area in 김해 출장마사지 the city center. The property, which is

    ReplyDelete

Post a Comment