BENTENGI IMAN DENGAN 5 PERKARA


 

BENTENGI IMAN DENGAN 5 PERKARA


Semalam membacakan Wasiat Imam al-Syafi'i dari buku 30 Wasiat Imam as-Syafi'i. Pesanan berhubung membentengi iman dengan 5 perkara :

1. Yakin
2. Ikhlas
3. Memperbanyakan ibadah sunat
4. Istiqamah
5. Displin dalam beribadah

1. Yakin

1.1 Mestilah dengan ilmu.
1.2 Memperolehi ilmu yang sahih dari sumber yang tepat.
1.3 Jangan hanya berpada dengan taqlid malah mesti berusaha paling tidak berdasarkan dalil.

2. Ikhlas

2.1 Ikhlas bukanlah kosong, itu laras bahasa pasar dalam kegunaan harian.
2.2 Ikhlas ialah hati kita tawajjuh kepada Allah untuk redha-NYA. Segala kurniaan-NYA tidak dipesongkan demi matlmat yang membelakangi-NYA.
2.3 Selagimana kita melakukan perkara yang ada hubung kait meraih redha Allah maka kita masih lagi ikhlas hanya berbeza tahap keikhlasan sahaja.

3. Memperbanyakkan ibadah sunat

3.1 Ibadah sunat menampung kekurangan dan kelompongan ibadah fardhu.
3.2 Ibadah sunat mendidik hati sukarela untuk menaikkan maqam dari hamba yang takut seksa neraka kepada hamba yang mengharapkan cinta Allah.
3.3 Maksiat akan menjadi penghalang kepada keinginan melakukan ibadah sunat.

4. Istiqamah

4.1 Istiqamah itu bukan statik, tetapi keazaman yang berterusan dan berusaha melakukan pertambahan mutu (improvement).
4.1 Istiqamah hanya diberikan kepada orang beriman, kerana istiqamah berpaksi pada kebenaran dan kehambaan kepada-NYA.
4.1 Istiqmah adalah bukti kehambaan yang jujur

5. Berdisplin dalam beribadah

5.1 Penuhi masa dengan ibadah, perkara manfaat dan hindari benda lalai.
5.2 Jangan tunggu, tapi rancang jika tidak akan berlaku kelalaian.
5.3 buat KPI dan SKT dalam sasaran pencapaian ibadah kita, agar muhabasan demi lonjakan mutu yang lebih baik.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments