Respon Isu Tular Pendedahan Video Suami Ceraikan Isteri Selepas "Kantoi Curang"

 


Respon Isu Tular Pendedahan Video Suami Ceraikan Isteri Selepas "Kantoi Curang"

Viral video Hana** curang dan isu "keterlanjurannya" di media sosial. Ini satu musibah kerana :

1. Runtuhnya institusi rumah tangga ekoran curang di suami.
2. Aib dalam keluarga kini menjadi bualan umum netizen dan ada mereka yang menjadikan ia bahan jenaka "troll".
3. Dakwaan bukti "keterlanjuran" beberapa kali oleh bekas isteri berdasarkan pengakuan pihak ketiga.
4. Mudahnya melafazkan cerai ketika dirakam setelah kantoi.

Amat malang, si lelaki yang dijadikan oleh Allah selaku "Qawwam" yang sepatutnya bertanggungjawab dan menjadi pelindung kepada wanita tetapi bertindak sebaliknya.

Malah jika ingat lagi bagaimana kes melibatkan penguatkuasaan Hiwalah juga adalah kerana isu nafkah yang diabaikan oleh ketua keluarga atau bekas suami. Mangsanya ialah isteri atau bekas isteri.

Isu-isu seumpama ini lebih kepada simpati ke atas wanita, mesti ditangani dengan baik. Jangan sampai salah fokus akhirnya isteri / bekas isteri yang "tersepit" tersebut sehingga melakukan viral di media menjadi "belasahan peringatan jangan buka aib" dan akhirnya hilang harapan meraih keadilan buatnya atas apa yang dialami.

Bila keadaan begini maka puak feminis liberalisme akan mengambil milleage dalam isu ini dengan tafsiran mereka yang kita tahu perangai mereka ini.

Harapnya perkara ini diuruskan dengan baik mengikut ruang peruntukan yang ada dengan wajar. Agar hak bekas isteri dan anaknya terbela, bukannya mereka terus terabai ekoran Hana** ini.

Walaupun saya setuju hal ini tidak perlu kepada "media" dan "komen netizen", tetapi perkara pertama ialah apa yang dilakukan oleh Hana** itu mesti dijalani hukumannya terlebih dahulu. Jangan sampai alih isu kepada viral yang dilakukan bekas isteri sehingga lupa bukti dakwaan "maksiat" yang dilakukan oleh Hana**.

Keadilan dan pembelaan mesti diberikan kepada bekas isteri tersebut.

Walaupun cerai itu dibenarkan tetapi ia bukan jalan semata-mata pelepas diri sebelah pihak. Rumah tangga bukan konsep try and error. Ini kerana kaedah fiqh menyatakan "hukum asal pada kemaluan adalah haram". Dan Islam sangat tegas apa sahaja jalan membawa kepada zina haram untuk didekati.

Awal-awal lagi dah dipesan dalam Islam, jika mampu bernikah, jika tidak mampu berpuasa. Ia tujuan mengekang nafsu syahwat antaranya yang utama. Malah sebelum bicara mendirikan rumah tangga, tangga pertama ialah pembinaan syakhsiah peribadi.

**Netizan pula jangan duk karut duk troll "sikat tepi" ke apa. Ingatkan apa la viral "sikat tepi" ni.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments

  1. Play Casino.com - 100% Welcome Bonus up to CA$1000
    With a casino 온라인 슬롯 online bonus package, you can claim a 100% bonus up to CA$1000, which is the 룰렛 latest 슬롯나라 and best way to make 드래곤 타이거 money playing online. 넷마블 토토 사이트 If

    ReplyDelete

Post a Comment